Saturday, May 2, 2009

Agen-Agen Dajjal Akan Bermesyuarat Mei ini!!



http://ibnuyaacob.com/?p=866

oleh ibnuyaacob

billderberg_meeting1954

Antara kelab agen-agen Dajjal yang paling berpengaruh selepas Council of Foreign Relationship (CFR) dan Trilateral Commission (TC) ialah The Bilderberg. Kelab ini menghimpunkan antara orang-orang paling berpengaruh di dalam dunia di semua bidang sama ada politik, ekonomi, teknologi dan sosial.

Maksud paling berpengaruh ialah antara mereka adalah orang yang memiliki sepenuhnya keputusan kemajuan ekonomi sesebuah negara atau pun dasar pembangunan. Mereka bukanlah tersenarai di dalam orang-orang terkaya di dunia tetapi mereka adalah paling berpengaruh.

Kita tidak boleh berfikir bahawa orang yang paling kaya adalah yang paling berpengaruh. Golongan terkaya banyak dipelopori oleh Syeikh-Syeikh negara minyak. Malangnya, mereka hanya ada duit tetapi tidak mampu membuat keputusan ke atas ekonomi mereka sendiri.

Menurut akhbar utama Greace, Elefterios Tipos, kelab Bilderberg ini dijangka akan mengadakan mensyuarat tahunannya di Athens antara 14 ke 16 haribulan Mei 2009 ini. Lokasi hotel yang dijangka ditempah masih belum dikenal pasti.

Jemputan Ahli-Ahli Mesyuarat

Menurut pendedahan Elefterios Tipos lagi, antara yang paling mengejutkan ialah jemputan kali ini dihadiri oleh kerabat-kerabat Diraja di Eropah.

Antara jemputan yang dijangka hadir ialah Ratu Netherlands iaitu Beatrix Wilhelmina Armgard (Gambar, kiri) dan Ratu Sepanyol iaitu Puteri Sophia (gambar, kanan).

Tetamu lain yang dijemput ialah


  • James Jones (US National Security Council),
  • beberapa menteri luar negeri Eropah
  • Ali Babacan (Menteri Luar Turki)
  • Dora Bakoyanni (Menteri Luar Greek)
  • Kostas Karamanlis (Perdana Menteri Greek dan pemimpin parti PASOK)
  • Georgios Papandreau (Menteri Greek)
  • Takis Arapoglou (Presiden Bank Nasional Greek)
  • Panayotis Vourloumis (Pengerusi syarikat telekomunikasi OTE)

Antara tetamu kontroversi lain yang bakal hadir ialah Domenico Siniscalco (Bekas Menteri Ekonomi Italy, kini ialah CEO syariakt Morgan Stanley). Syarikat kewangan beliau iaitu Morgan Stanley adalah syarikat yang didakwa berkomplot dengan Federal Reserve Bank bagi menjatuhkan ekonomi dunia apabila status banknya di tukar pada 21 September 2008.

(Gambar, dari kiri) Ali Babacan, Domenico Siniscalco dan Henry Kessingger

Agenda Mesyuarat

Perkara ini tidak didedahkan oleh Elefterios Tipos atau mungkin ia sendiri tidak mengetahui. Tidak diketahui apakah agenda yang bakal dibincangkan oleh ahli-ahli kumpulan ini. Semuanya kemungkinan bergantung kepada siapa yang hadir.

Antara orang yang disyaki wajib akan hadir ialah Dr. Henry Kessingger dan Warren Buffet. Seorang pakar strategi provokasi masyarakat serta polisi kerajaan manakala seorang lagi pakar dalam pasaran ekonomi dunia khususnya perbankan.

Sehingga sekarang agenda mesyuarat tidak berjaya dibawa keluar oleh mana-mana pihak walaupun sudah 54 kali mereka bermesyuarat yakni sejak 1954.

Mesyuarat mereka sangat rahsia walaupun masyarakat dapat mengetahui lokasi, tarikh dan tetamu yang hadir pada mesyuarat tersebut. Kerahsiaannya sangat dikawal ketat.

Menurut Jonathan Duffy, penganalisis politik dari BBC Online Magazine, semua wartawan tidak dibenarkan mengulas dan menulis berita serta masuk bersama dalam bilik mesyuarat, tidak boleh dirakam dan ahli-ahli mesyuarat juga tidak menulis apa-apa sebagai nota.

Suasana peraturan sebegini menurut Duffy telah menyebabkan teori-teori konspirasi berkembang dengan cepat kerana adanya kesangsian terhadap agenda mesyuarat.

Faktor-Faktor Mesyuarat

Mesyuarat yang bakal berlangsung di Athens adalah kelangsungan mesyuarat tahunan yang pernah dibuat di Chantilly, Virgina pada Mei 2008 lepas.

Kebanyakan Conspiracy Theorist masih menunggu perkembangan terkini dari berita-berita Greek mengenai faktor-faktor mesyuarat tersebut. Namun bagi kami, mesyuarat ini lebih kepada perancangan Perang Konsppirasi Dajjal (PKD) pusingan kedua memandangkan pusingan pertama gagal.

Ini berdasarkan jemputan tetamu telah diberikan kepada CEO Stanley Morgan. Penglibatan syarikat perbankan dalam mesyuarat dan gabungan dengan Dr. Henry Kessingger akan memungkinkan satu bentuk strategi baru peperangan dengan dunia Islam.

1 comments:

InkFlow on May 13, 2009 at 8:05 AM said...

uwaa... bestnya kalo boleh seludup masuk and dgr apa yg diorg bincangkn... suspicious betul!

Post a Comment

Followers

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez